Cara Memohon Saham Bumiputera MITI

MITI = Ministry of International Trade and Industry
(KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI) 

Gambar : Google
Kata Pendahuluan :-
Selain peluang memohon saham IPO melalui terbitan awam, anda juga di beri pilihan untuk melanggan saham IPO melalui peruntukan saham khas bumiputera. Pemohon bumiputera perlu mendaftar secara atas talian dengan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa an Industri (MITI) dan pendaftaran adalah percuma.
 Artikel Penuh: UTUSAN 
Ramai yang telah mengetahui tentang tawaran Saham Bumiputera melalui MITI. Namun mungkin ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai tujuan tersebut. Oleh yang demikian dibawah ini disenaraikan garis panduan untuk memohon saham Bumiputera MITI.

Siapakah yang layak memohon?

INDIVIDU : Mereka adalah warganegara Malaysia yang berstatus bumiputera dan berumur 18 tahun dan keatas. Yang penting mempunyai status kewangan yang mencukupi. Pelajar tidak layak memohon walaupun berumur 18 tahun dan keatas.
SYARIKAT DAN KOOPERASI : Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh pergi ke laman web : - MITIBUMISHARES

Layak ker idok !!!! Kalau layak bolehlah kita memohon dan ikutlah caranya seperti di bawah...

Langkah demi langkah cara memohon Saham Bumiputera menerusi MITI bagi individu:-


LANGKAH 1 : Buka akaun CDS

PERHATIAN.. PERHATIAN... Sebelum kita belajar langkah demi langkah untuk menjadi pelabur saham menerusi MITI pastikan terlebih dahulu ada akaun CDS.  Untuk mengetahui cara untuk membuka akaun CDS pergilah ke link ini :- CARABUKAAKAUNCDS atau boleh terus menghubungi saya 0192104240(Zila)...

Mari kita terus kepada langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas pelabur mendapatkan nombor akaun CDS di broker pilihan mereka.. Mari.. mari... mari... 

LANGKAH 2 : Mendaftar sebagai pelabur saham bumiputera MITI.
Bermula September 2014,permohonan saham khas bumiputera mestilah dilakukan menerusi ONLINE.. Langkah pertama pergilah ke laman web MITI untuk mendaftar..



Cara untuk mendaftar sebagai pelabur ONLINE saham bumiputera MITI
1) Mula sekali pilih jenis pelabur ~ pilihlah individu
2) Kemudian tekan daftar 
3) Isikan semua maklumat seperti yang dikehendaki. 
#Untuk memuat naik kad pengenalan tu terdapat satu manual di laman web MITI
4) Terus hantar... mudahkan... selesai urusan permohonan untuk menjadi pelabur saham bumiputera MITI. Tetapi setiap kali ada saham ditawarkan kita masih perlu menghantar borang dan dokumen kepada pihak MITI.

PERHATIAN :- Jika ada masalah samada hendak membuka akaun CDS dan online MITI boleh terus hubungi saya ... 

LANGKAH 3 : Semak untuk mengetahui jika terdapat saham MITI ditawarkan

Menyemak jika terdapat tawaran saham di laman web MITI

Jika terdapat tawaran saham baru di laman web tersebut baharulah kita boleh memohon..

LANGKAH 4 : Dokumen yang dikehendaki semasa memohon 

Penyediaan dokumen untuk memohon

Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa memohon saham khas MITI.

a) Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara talian.
b) Salinan akaun CDS yang disahkan atas nama sendiri(bukan nominees).
c) Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI dan mestilah disahkan oleh pegawai bank (nama dan nombor staf) tersebut berserta cop bank.
d) Salinan penyata Tabung Haji /ASB (TERKINI) dan mesti disahkan pegawai institusi/bank berkenaan (nama dan nombor staf) berserta tarikh dan cop institusi/bank berkaitan. 

Kenapa MITI perlukan dokumen-dokumen ini?
MITI ingin memastikan pelabur mempunyai wang yang cukup untuk melanggan.

LANGKAH 5: Hantar borang permohonan


Setelah selesai mengisi borang secara talian, borang hendaklah dicetak dan dihantar beserta dokumen yang dikehendaki seperti diatas secara pos atau tangan kepada :


PENGARAH

Seksyen Saham & Ekuiti
Bahagian Keusahawanan Bumiputera dan PKS
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 5, Menara MITI
No 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur

Jika datang ke Menara MITI terdapat satu tong besar untuk dimasukkan borang permohonan yang lengkap. Jadi tidaklah perlu untuk naik ke aras 5. Pastikan anda melihat tarikh tutup permohonan supaya permohonan anda tidak sia-sia..


LANGKAH 6: Tunggu keputusan dari MITI


Menunggu keputusan dengan sabar... Boleh layari dilaman web MITI untuk mengetahui keputusan dari masa ke masa selepas 30 hari atau 30 hari waktu berkerja dari tarikh tutup permohonan.


Kebaikan memohon Saham Khas Bumiputera MITI

Mempunyai peluang yang sangat tinggi mendapatkan peruntukan saham IPO ini. Antara lain pula tidak perlu membayar terlebih dahulu semasa proses permohonan saham ini. Permohonan yang berjaya dinilai menerusi penyata kewangan yang diberikan semasa menghantar borang permohonan kepada MITI. Ini berbeza kerana permohonan saham IPO terbitan awam memerlukan pembayaran semasa memohon dan jika tidak berjaya wang tersebut akan dipulangkan. Jadi bayar dahulu samada dapat ataupun tidak.

Lagi satu kita mempunyai peluang dua kali untuk memperolehi IPO yang ditawarkan. Kita masih boleh memohon saham IPO awam seperti biasa kiranya berminat.

Kesimpulan :- 


Wah.. wah.. kesimpulan gitu.. Rebutlah peluang sementara ada kerana ramai juga yang sudah berjaya mendapat untung yang banyak dengan pelaburan menerusi saham khas Bumiputera MITI. #jangancakapakaktakpayung ...

Segala maklumat berkaitan di blog ini kebanyakan  dari  :- MITI

Comments