Kajian Kes Right Issue : Kaunter MKH

MKH (6114)
(formerly known as Metro Kajang Holdings Berhad)
Board : Main Board
FBMKLCI : NO
Sector  : Properties

Company Description :
MKH Berhad is an investment holding company. MKH operates in five segments: property development and construction, hotel and property investment, trading of building materials and household related products, furniture manufacturing, and oil palm cultivation. MKH was founded in 1979 and based in Shah Alam, Selangor, Malaysia. The company is listed on Bursa Malaysia under the Main Market. Maklumat dari MKHBERHAD

Kajian Kes :

Rights Issue

MKH BERHAD

EX-date28 Apr 2017
Entitlement date03 May 2017
Entitlement time05:00 PM
Entitlement subjectRights Issue
Entitlement descriptionRenounceable rights issue of up to 45,402,742 new ordinary shares in the share capital of MKH Berhad ("MKH Shares" or "Shares") ("Rights Shares") at an issue price of RM1.89 per Rights Share on the basis of one (1) Rights Share for every ten (10) existing MKH Shares held as at 5:00 p.m. on 3 May 2017, together with a bonus issue of up to 90,805,484 new MKH Shares ("Bonus Shares") to be credited as fully paid-up on the basis of two (2) Bonus Shares for every one (1) Rights Share subscribed ("Rights with Bonus Issue")
Info dari BURSAMALAYSIA

Cara membaca pengumuman itu adalah sekiranya pelabur membeli 10saham MKH sebelum dan masih memegangnya sehingga 27hb April, pelabur memperolehi 1 hak ke atas 'right issue' yang ditawarkan oleh syarikat. Untuk mendapatkan tambahan 1 saham baru, pelabur harus menebusnya pada harga RM1.89.

Jika membeli pada tarikh ex iaitu 28hb April pelabur tidak mendapat hak tersebut kerana pada tarikh tersebut telahpun tamat. Harga MKH juga akan jatuh pada hari ex tersebut untuk menyamai hak saham baru yang dikeluarkan, Maksudnya saham telahpun bertambah maka harga mestilah menurun.

Cara mengira harga teoretis Right Issue (Theoritical Ex Rights Price)

Harga penutup MKH pada 27/4 = 2.95

Formula =

Untuk mudahkan saya buat macam di bawah ini ...

10 MKH        10  X  2.95  = 29.50
I RS                 1  X  1.89  =   1.89
2 Bonus           2  X  0.00  =   0.00
---------------------------------------------
13 saham           total         =  31.39

Harga ref pada 28/4   =  31.39 / 13 = RM2.41

* Pelabur juga boleh mengira kos saham yang dibeli dengan menukar harga penutup dengan harga dan kuantiti yang dibeli.

Apa tindakan pelabur sekiranya mendapat Right Issue?

Contoh :-

BELI      =  10,000
HARGA =  RM2.95
KOS       =  RM29,500
Dapat
MKH OR                 = 1,000
Harga dapatkan hak = RM1.89
BONUS                   = 2,000

1) Berminat untuk menebuskan hak

                         The last day and time for Acceptance, Renunciation and Payment : 19 May 2017

Bayaran untuk mendapatkan hak tersebut
1,000 X 1.89 = RM1890
maka dapatlah hak bonus sebanyak 2,000

Jumlah saham yang diperolehi = 13,000

2) Jual Hak

Pelabur juga mempunyai hak untuk menjual kepada pembeli yang berminat untuk mendapatkan hak(OR) selama masa yang ditetapkan oleh syarikat. 

Kindly be advised of the following :
1)    The Right commence of trading : 4 May 2017
2)    The Date of Despatch of the Prospectus and Provisional Allotment Letter of Offer : 5 May 2017
3)    The last day and time for Acceptance, Renunciation and Payment : 19 May 2017
4)    The Rights cessation quotation : 12 May 2017
The Stock Short Name, Number and ISIN Code MKH-OR, 6114OR and MYL6114OR005
Info dari BURSAMALAYSIA
Cara bacaan di atas adalah seperti berikut OR akan didagangkan pada 4/5 sehingga 11/5. 
Pengiraan harga teoretis OR
Harga tutup pada 3/5 = 2.38

1 OR             1  X  1.89  =  1.89
2 BONUS     2  X  0.00  =  0.00
3 MKH         3  X  2.38  =  7.14

Harga Ref MKH-OR pada 4/5 = 7.14 / 1.89  = 5.25
Pelabur boleh menjual OR namun tidak akan memperolehi hak untuk menebusnya juga kehilangan bonus yang ditawarkan. Namun harga MKH-OR yang didagangkan berlegar 4.81(terendah) dan tertinggi 5.09 sahaja. Langsung tidak menyentuh harga ref 5.25 tersebut. 

3) Buat Tidak Tahu

Sekiranya pelabur mengambil hak mereka dengan menebusnya pada harga RM1.89 yang lebih rendah dari harga pasaran pelabur mendapat 13,000 saham di dalam CDS. Namun sekiranya pelabur tidak megambil tahu dan buat tidak peduli dan membiarkan OR tidak dijual maka saham di dalam CDS nya tidak bertambah hanya ada 10,000 saham dengan harga yang lebih rendah..

Mana Pilihan Anda !!~ ringkasan

1) Ambil Hak

KOS
RM29500(MKH) + RM1890 (OR) + RM0 (Bonus) = RM31,390
Ada 13,000 saham maka kos 1,000 saham adalah = 31390 / 13000 = RM2414.62

Harga kos = RM2.41 (Qty 13,000)

2) Jual Hak

Katakan jual 1000 OR pada harga RM5.09 = RM5090

KOS
RM29500 (MKH) - RM5090(jual OR) =24,410
Ada 10,000 saham maka kos 1,000 saham adalah = 24410 / 10000 = RM2441.00

Harga kos = RM2.44 (Qty10,000)

3) Buat tidak tahu

Harga kos = RM2.95(Qty 10,000)

Pilihan ditangan pelabur kerana terdapat syarikat yang menawarkan harga right issue yang tidak menarik . Ini semua bergantung juga tujuan sesuatu right issue itu dikeluarkan sekiranya untuk tujuan positif sudah pasti harga saham akan terus meningkat dan sebaliknya...

Psss... Ini cuma pengiraan saya semata-mata bukan untuk tujuan ilmiah hanya sekadar untuk rujukan dan memudah cara sahaja... 

Comments

Anonymous said…
salam,nak tanya boleh ke shareholder nak jual shares ketika tempoh R.issue ni dan adakah berlaku perubahan pada unit yang sedia ada?