Suatu masa dahulu sekitar tahun 90an tiada akaun CDS diperlukan untuk melabur di pasaran saham. Sebelum ini Bursa Malaysia dikenali dengan nama Bursa Saham Kuala Lumpur. Semasa itu pelabur akan memegang sijil saham dan setiap kali urusniaga terpaksalah diserahkan sijil tersebut. Memang agak rumit dan staf bahagian operasi terpaksa berkerja sehingga larut malam untuk menyelesaikan urusan tukaran sijil. Nasiblah hari urusniaga saham selama 7 hari berbanding 3 hari seperti sekarang ini. Generasi baru mungkin tidak dapat membayangkan apalah di ceritakan oleh saya..
Berbalik kepada cara untuk bergelar PELABUR di Bursa Malaysia sudah semestinya perlu membuka akaun CDS dan akaun urusniaga saham(trading account). Kini urusan semakin mudah kerana terdapat banyak cawangan broker saham hatta di pekan yang kecil sekalipun. Boleh memilih untuk membuka akaun dengan remisier yang berkomisyen atau dealer yang bergaji sebagai perantara.
Memilih Broker Saham yang sah
Pergilah ke mana-mana broker saham yang berdaftar dan beritahulah niat anda untuk menjadi membuka akaun CDS. Pelabur boleh memilih mana-mana broker saham yang berdaftar di Malaysia seperti RHB Investment Bank, JF Apex Securities, SJ Securities, Hong Leong Investment Bank dan lain-lain lagi. Setiap pelabur boleh membuka sebanyak manapun akaun CDS dengan broker berlainan.
Boleh pergi ke laman web Bursa Malaysia (LIST OF PARTICIPATING ORGANISATIONS) untuk melihat broker yang berdekatan. Boleh menghubungi broker yang dipilih atau terus 'walk in' ke sana. Anda boleh memilih broker kerana caj yang dikenakan, servis yang ditawarkan, urusniaga pembayaran yang mudah dan sebagainya. Pilihan terletak di tangan anda!!
Kini urusniaga saham menjadi lebih mudah kerana kesemua broker menyediakan kemudahan online kepada pelabur. Semuapun dihujung jari tidak perlu menunggu lama untuk mendail dan disambungkan kepada remisier. * nanti kita sambung lagi cerita online internet ini ok*

Buka akaun CDS dan akaun urusniaga saham
Apa itu Akaun CDS?
CDS = Central Depository System ... Sekarangni nama sudah bertukar kepada Bursa Malaysia Depository (BMD) tetapi kita masih mudah menyebut akaun CDS (sudah terbiasa mungkin )
Kesemua sijil saham yang diurusniagakan akan dimasukkan disatu tempat yang bernama BMD. Saya bayangkan macam urusniaga di bank juga semua wang kita di masukkan ke dalam satu tabung supaya lebih memudahkan wang keluar dan masuk, begitulah juga dengan setiap pembelian dan penjualan saham.
Syarat-syarat membuka akaun CDS dan akaun urusniaga saham :-
1) Berumur 18 tahun dan ke atas
2) Tidak diisytiharkan sebagai muflis
3) Bayaran sebanyak RM10 dan gst 6% (RM10.60)
Dokumen yang diperlukan :-
1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan Penyata kewangan (bukti gaji atau penyata akaun bank)
3) Bukti nombor akaun yang sah (buku akaun atau penyata akaun bank atau dokumen disahkan dari pihak bank)
Proses membuka akaun ini memakan masa beberapa hari bekerja bergantung kepada broker tersebut. Semasa membuka akaun bertanyalah kepada remsier atau dealer tentang segala kemusykilan yang ada. Jangan pendamkan di dalam hati kerana setiap pelabur mempunyai masalah yang berlainan yang mungkin remisier atau dealer terlepas pandang.
Akaun urusniaga saham ada macam-macam jenis.
1) Akaun Biasa ~ Ini akaun yang biasa di gunakan oleh pelabur. Akaun adalah atas nama sendiri.
2) Akaun Nominees ~ Akaun ini biasa ada di bank yang menjadi broker kerana ada akaun simpanan dan akaun tetap untuk memudahkan urusan. Perbezaannya ialah akaun cds untuk nominees tidak boleh memohon IPO
3) Akaun Margin ~ Kemudahan akaun margin ini membenarkan pelabur untuk menyimpan saham untuk tempoh masa yang lebih lama dari hari dibenarkan urusniaga. Namun terdapat bayaran yuran yang dikenakan juga dengan syarat-syarat tertentu. * akan diceritakan nanti*
4) Akaun Pinjaman ~ Akaun yang ditawarkan selalunya untuk mereka yang mendapat ESSOS dan juga IPO dengan syarat-syarat tertentu * akan diceritakan nanti*
5) Akaun Islamik ~ Akaun yang urusan jual belinya adalah patuh syariah. TIdak semua broker ada menawarkan akaun Islamik ini namun jangan risau RHB Investment Bank ada akaun jenis ini.
Langkah pertama meneruskan pelaburan
Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan ialah memasukkan modal yang diperlukan untuk melabur. Setiap broker mempunyai cara tersendiri untuk memasukkan modal ke dalam akaun. Jadi banyakkan bertanya.
Untuk yang membuka akaun RHB Investment Bank Berhad di SS2 Petaling Jaya misalnya akan memasukkan duit dalam akaun bank seperti yang tertera di belakang kad perniagaan.
Selepas memasukkan duit di dalam akaun yang diberikan, mesej menerusi sms atau whatsapp kepada remisier atau dealer untuk memastikan duit anda masuk ke akaun yang betul. Mudahkan!!... cuma pelaburan memang memerlukan modal..
Lebih 1000 kaunter untuk dilaburkan
Jangan panik tengok banyak kaunter untuk dipilih. Bermainlah dahulu dengan platform internet yang diberikan kepada anda. Remisier atau dealer akan mengajarkan cara-cara untuk menggunakan platform tersebut.
Contoh platform Rhb tradesmart yang digunakan oleh RHB Investment Bank Berhad..
Mai .. mai tanya saya kalau nak tahu cara menggunakannya...
Tapi jangan risau * akan diceritakan nanti*
Namun kiranya sudah tahu pilihan hati bolehlah memulakan langkah yang pertama membeli saham di Bursa Malaysia. Pilihan terletak ditangan masing-masing mungkin ada yang memilih untuk saham yang memberikan dividen yang tinggi, saham dengan modal yang kecil dan macam-macam lagi. Terpulang, carilah ilmu kalau anda benar-benar inginkan menjadikan Bursa Malaysia sebagai tempat menambahkan pendapatan.
Comments