Pengenalan kepada Saham Bursa Malaysia

Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai dan juga yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam konteks di blog ini sudah semestinya lebih kepada syarikat yang tersenarai sahaja itupun ada beribu kaunter untuk di kaji. 

Tujuan syarikat menerbitkan saham adalah untuk memperolehi dana bagi meneruskan operasi dan juga mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan(pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat). Tawaran pembelian saham syarikat dibuat menerusi IPO (Initial Public Offering- penawaran umum) yang merupakan penawaran kepada umum sebelum syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. Menerusi IPO syarikat mendapat suntikan dana baru dengan menjual sahamnya kepada umum.

Para pelabur boleh membeli saham pada masa IPO atau membelinya setelah saham syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia. Apabila pelabur membeli sesuatu saham, mereka sebenarnya memilliki sebahagian dari syarikat dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan pelahur boleh membeli sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang dimiliki.Sebagai pemegang saham, pelabur akan menerima faedah dari keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada pertumbuhan nilai(kenaikan harga dalam pasaran saham) syarikat tersebut.

Dahulu galeri seperti ini riuh rendah dengan pelabur yang ingin melihat pasaran...
Pada masa ini sedikit sunyi kerana ramai yang duduk di tepi laptop masing-masing..
Namun fungsi pasaran di Bursa Malaysia tetap sama.
Memberi peluang untuk pelabur memegang saham di syarikat yang dipilih..

Kelebihan pemilikan saham
:-


a) Turun naik harga - beli semasa harga rendah dan jual apabila harga naik
     Contoh : Jika membeli 1000 unit saham pada harga RM1.00 dan harga meningkat
     kepada RM1.20. Maka mendapat untung sebanyak RM0.20 X 1000 = RM200
b) Dividen -*
     (i) secara terus
          Contoh : Syarikat memberi dividen sebanyak 2 sen sesaham
                         Jika ada 1000 unit saham maka bayaran adalah 1000 X .20 = RM20
    (ii) secara peratusan
          Contoh : Syarikat memberi dividen sebanyak 25% (kena ambil kira nilai par saham)
                         Jika nilai par adalah 10 sen dan ada 1000 unit saham maka bayaran adalah
                         1000 X 25% X .10 = RM25
c) Saham hak (right issue) atau bonus saham (bonus issue)
 (i) Saham hak (right issue)*
      Contoh setiap 1000 saham dimiliki akan diberikan 1000 saham unit dengan harga yang lebih murah dari harga di pasaran.
 (ii) Saham bonus (bonus issue)*
       Contoh setiap 1000 unit saham dimiliki akan diberikan 1000 unit saham secara percuma.
     
Jenis-jenis saham yang tersenarai

a) SAHAM UTAMA ;-
Kesemua saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Terdapat lebih daripada seribu kaunter saham yang boleh dipilih oleh pelabur. Di Bursa Malaysia terdapat pasaran utama dan pasaran ACE. 

b) WARAN *
Saham yang dikeluarkan oleh pihak syarikat sendiri. Waran ini berbeza dengan saham utama kerana terdapat tarikh luput yang memberikan pilihan untuk menebus waran kepada saham syarikat. Akan ada 'conversion price' atau nilai tebus yang perlu dibayar untuk mendapatkannya. ~ akan diterangkan lebih lanjut ~


c) CALL/PUT WARRANT *
Saham-saham yang diterbitkan oleh pihak ketiga dengan tujuan untuk memberi peluang keuntungan dari semua keadaan pasaran samada pasaran menaik atau menurun.

d) REITS* 
Pelaburan amanah hartanah dalam bentuk saham. Tujuan memberi peluang untuk pelabur memiliki sesuatu hartanah dengan harga murah. Contoh : AL-AQAR, AXREIT. Pelaburan kurang risiko ini sesuai untuk mereka yang ingin melabur dalam jangka panjang. Harga REITS relatifnya lebih stabil dan menawarkan dividen yang agak tinggi. 

e) SPAC*
Saham khas yang diwujudkan untuk mendapatkan modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan . Contoh :- CLIQ ENERGY dan SONA PETROLEUM

Nampak bosankan!!! bla...bla..bla...  tapi hakikatnya pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah sesuatu yang  menarik untuk mereka yang sukakan cabaran . Ramai yang  mendapat keuntungan dari pelaburan di sini namun  tidak dinafikan ramai juga yang kecundang. Belajar dan terus belajar... Tambahkan ilmu supaya kita tidak terkena sentuhan kecundang..

Remisier94
RHB Investment Bank Berhad
czrhbibss2@gmail.com


Jika ingin membuka akaun CDS dan akaun pelaburan boleh hubungi saya menerusi email :- czrhbibss2@gmail.com . Boleh juga tinggalkan nombor telefon atau email di ruangan komen di bawah.

 * akan diterangkan secara terperinci masa akan datang
Ada sumber di ambil dari sini  :- SC.COM.MY-PDF< . 

Comments