Bicara Bursa Malaysia

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga entri pertama ini akan membuka ruang untuk entri yang akan datang. Selamat datang ke blog Bicara Bursa Malaysia. 

Azam tahun 2017 adalah untuk berkongsi ilmu sebanyak mungkin dengan orang ramai. Perkara pertama yang terfikir ialah menulis di blog hanya tentang peluang pelaburan di Bursa Malaysia. Sebelum ini saya ada blog tapi hanya kisah kami anak beranak, hanya untuk kenangan. Semoga dengan ada blog khas ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga untuk orang ramai.

Pekerjaan pertama saya selepas keluar dari Universiti adalah sebagai wakil peniaga di Ipoh. Insyaallah pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai wakil peniaga/remisier akan dikongiskan bersama  di sini. Memang agak lama dalam industri ini namun tetap merangkak dalam menghadap sepak terajang dunia saham di Malaysia. 

Syukur saya juga ada dua lesen iaitu sebagai wakil peniaga saham ekuiti dan juga wakil peniaga pasaran hadapan. Mungkin blog ini akan sedikit caca marba kerana akan ada saham ekuiti, pasaran hadapan, analisa fundamental, analisa teknikal dan sebagainya. Ini juga boleh jadi buku nota yang berguna untuk kegunaan diri sendiri. 
Bila 'Bull' dan 'Bear' bergaduh kita buat dunno jer...
Yang penting kita tambah ilmu sama-sama... 

Hari berganti bulan berganti
tahun pun berganti
tahun baru harapan baru
semangat baru
Selamat Tahun Baru 2017


Jika ada sebarang soalan boleh terus komen di bawah dan tinggalkan alamat email atau nombor untuk dihubungi.

Comments